50 PKP TAHUN 2020
Pada hari ini setelah 50 hari berlalu
Aku sudah kelupaan
Lupa akan hari dan bulan
Hari setiap hari seperti sama
Dari hari bergajak pekan
Dari pekan berganjak purnama
Pada hari ini
50 hari bulan PKP tahun 2020
Norma biasa daripada yang tak biasa
50 hari tanpa bersalaman
50 hari tanpa berimam
melainkan aku menjadi imam
50 hari tanpa ke meja kerja
Tetapi tetap jua bekerja
50 hari yang dalamnya
Entah…. Sudah berapa kali tidak berJumaatan
50 hari dalamnya tiada iftar di beranda masjid
Hanya iftar bersama keluarga
50 hari yang dalamnya tidak berjemaah terawih
Tetapi di belakangku ada Jemaah baharu
Pada hari ini
50 PKP tahun 2020
Norma baharu yang sebenarnya bukan baharu
Kata datuk pengarah
Basuh tanganmu
Jaga jarakmu
Elak bersesak
Jaga kebersihan
Bersin bertatacara
Batuk bertatacara
Bersosial bertatacara
Norma baharu yang sudah diajar dalam pendidikan
Pada hari ini
50 PKP tahun 2020
Tanpa Mac, April, Mei
Mahupun Rejab, Syaaban, Ramadan
Dan pasti kulupa akan Jun Julai atau Syawal Zulkaedah
Kerana dalam kalendarku
Hanya ada bulan PKP
Dan pada hari ini
50 hari bulan PKP tahun 2020
6 Mei 2020
Kg Kepayang
https://m.youtube.com/watch?v=RWFg2tn5O1A&feature=share
#kitajagakita
#puisipkp
#stayathome
No comments:
Post a Comment