Tuesday, June 23, 2020

Pensel Kontot

Oleh Cg Sam

Pagi itu Cikgu Rizal masuk kelas lebih awal daripada biasa. Kebetulan dia bertugas sebagai guru bertugas mingguan. Keluar masuk kelas demi kelas.

Membuat pemeriksaan kebersihan dan keceriaan. Ketika masuk ke kelas 6 Intan, Cikgu Rizal terpandang bekas pensel di atas sebuah meja. Itu meja Zikri. Cikgu Rizal kenal benar dengan Zikri. Anak murid yang sentiasa menarik perhatiannya.

Zikri bukanlah pelajar cemerlang, biasa-biasa sahaja. Malah selalu gagal dalam banyak mata pelajaran. Tetapi bagi Cikgu Rizal, Zikri sangat istimewa.

Ada kebijaksanaan yang terpendam. Itulah yang menjadikan Zikri istimewa pada kaca mata Cikgu Rizal.

Bekas pensel itu diperbuat daripada kain. Tentu jahitan sendiri. Cikgu Rizal membuka bekas pensel itu..... Terpempan seketika. Oh.... "Banyaknya pensel," Kata cikgu Rizal sendirian.

Tapi semuanya pensel kontot. "Patutlah tulisan kamu tidak elok, banyak kesalahan, pensel kontot rupanya,"

Bagi keluarga yang kurang berkeupayaan, membeli pensel bukanlah satu keutamaan. Cikgu Rizal faham tentang itu kerana dia juga berasal daripada keluarga susah.

Ketika waktu Pendidikan Seni, Zikri mendapati pensel kontotnya sudah tiada. Yang ada ialah sekotak pensel 2B lengkap dengan pemadam dan pengasah.


No comments:

Post a Comment

Kambing, kambinglah jua

 Adapun dceriterakan oleh empunya sahibul hikayat, akan kisah sang kambing sekandang. Dikisahkan tentang seekor kambing yang tersangatkah me...