Tuesday, June 23, 2020

Pensel Baharu


Sebaik sahaja solat Isyak berjemaah di Surau Chandan Permai bersama bapanya, Zikri terus ke meja makan. Meja makan itu terletak di antara ruang tamu dan dapur rumah teres atau lebih dikenali rumah murah.

Rumah murah ialah rumah kos rendah yang tidak sebesar mana. Ada dua bilik tidur, bilik air dan tandas serta dapur dan ruang tamu. Meja makan itu boleh berubah-ubah. Masa makan jadi meja makan. Masa belajar jadi meja belajar.

Kadangkala jadi meja kerja ibunya. Meja untuk menyediakan kuih-muih yang ditempah.

Malam itu dan malam-malam sebelumnya, meja itu akan menjadi meja belajar Zikri. Ibu bapa Zikri memberi ruang sepenuhnya kepada Zikri untuk belajar. Mereka tidak akan mengganggu Zikri belajar. Dan mereka juga tidak pernah membantu Zikri belajar kerana mereka tidak pandai.... Itulah kata ibu bapa Zikri kepadanya.

Malam itu, Zikri lebih tekun daripada biasa. Dia menulis perlahan-lahan. Tulisannya lebih cantik dan kemas.

Ibunya menghampirinya sambil membelek pensel baharu yang digunakan oleh Zikri. Dengan tersenyum, Zikri memberitahu "pensel ini pemberian Cikgu Rizal kepada saya mak."

Ibunya mengusap kepada Zikri lalu berkata. "Esok sampaikan salam mak dan ayah kepada cikgu ya."

No comments:

Post a Comment

Kambing, kambinglah jua

 Adapun dceriterakan oleh empunya sahibul hikayat, akan kisah sang kambing sekandang. Dikisahkan tentang seekor kambing yang tersangatkah me...