Kala bertinggung nampak sopannya
Tika meniarap jelas lurusnya
Pabila bersila kemas lakunya
Masa bersimpuh semakin ayunya
Saat berkata hikmah tuturnya
Jika berhujah berlapik bahasanya
Pabila diam jelas bijaknya
Kerana guru memolekkan laku
Kerana guru memolekkan laku
Lantaran guru mengajarkan ilmu
Terima kasih duhai murabbiku
Sekali guru selamanya guru
Sam Rizal
SKTB
150712
No comments:
Post a Comment