Dingin salju dapat dirasa
bayu bertiup enak sekali
Tuhan itu sangat berkuasa
mentadbir hidup di dunia ini
Dingin salju bumi Korea
hujung November terasa dingin
dalam kalbu syukur terasa
dapat mencapai apa diingin
Putih merata indah sekali
dingin salju tiada sugul
merintih hamba kepada Ilahi
andai mahu hasrat termakbul
Selang seli tiupan bayu
dingin salju menggigit wajah
duhai Ilahi hamba merayu
ingin kalbu tekal mahmudah
Sam Rizal
Dalam Pesawat MH067
Merestas Segara 26112017

No comments:
Post a Comment