ada mekar menjadi segar
ada layu merunduk sayu
ada kuncup ditelan kudup
Wangi dan harum semerbak melata
tak kurang juga tiada aroma
ada pula yang menusuk rongga
Biar apa pun rupa mu bunga
atau apa pun baumu menerpa
tanpa mengira warna dan kasta
tetap diburu pengunjung setia
lebah dan kumbang teman kelana
kupu rerama tersangat suka
mereka kenal dikau berharga
kerana dikau sekuntum bunga.
Sam Rizal
- tanpa tarikh
Bunga Kenanga Putih

No comments:
Post a Comment